jump to navigation

Pertandingan Liga Futsal Tertutup PTS 2008 May 9, 2008

Posted by kelabpts in Futsal, Sukan.
trackback

Assalammualaikum.

Merujuk kepada pengumuman pagi tadi, pihak HRDA dengan sukacitanya mengumumkan bahawa satu Pertandingan Liga Futsal Tertutup PTS akan berlansung bermula daripada bulan Mei hingga Jun 2008.

Bersempena dengan Kempen Tahun PTS Sihat 2008, pihak HRDA dengan ini ingin memaklumkan bahawa penglibatan anda di dalam aktiviti seperti ini akan mempengaruhi penilaian prestasi pekerja anda tahun hadapan.

Jadual perlawanan adalah seperti yang dilampirkan.

a. Lokasi perlawanan : Futsal @ Sports 7, Wangsa Maju,

b. Masa perlawanan : 9 – 10 malam

c. Perlawanan akan dijalankan secara liga, juara adalah ditentukan daripada markah tertinggi di dalam jadual liga.

d. Setiap perlawanan akan berlansung selama 40minit (20minit separuh masa)

e. Pengadil akan dilantik untuk mengadili perlawanan.

f. Setiap pasukan WAJIB memakai jersi/baju yang sama warna.

g. Tiada limitasi untuk pertukaran pemain.

h. Semua peraturan Futsal Indoor akan terpakai. (rujuk Wanzu)

i. Setiap pasukan diminta untuk melantik Kapten Pasukan anda. Berikan nama Kapten pasukan kepada Wanzu.

j. SEMUA kakitangan adalah diwajibkan untuk bermain/turun padang/memberi sokongan Pom-Pom kecuali atas alasan kesihatan. Sila maklumkan kepada Ketua Pasukan anda

k. Semua yang terlibat perlu bermain dengan semangat berpasukan yang tinggi. Tiada tindakan ganas (cth mentakik kaki atau kepala pihak lawan, menarik rambut dan baju) akan di toleransi oleh pengadil.

Sekian, terima kasih.

Majulah Sukan untuk PTS,
Shaza Azmy
HRDA

Comments»

No comments yet — be the first.