Kutipan Sumbangan Mangsa Nargis May 26, 2008
Posted by kelabpts in Kebajikan.trackback
Assalamualaikum,
Semoga Tuan/Puan/Cik sentiasa ceria dan dijauhi daripada sebarang kesulitan.
Pada 3 Mei 2008 yang lalu, dunia dikejutkan dengan lebih 100,000 orang disahkan terkorban apabila Taufan Nargis membadai Delta Irrawaddy dan Yangon di Myanmar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.5 juta penduduk Myanmar terjejas teruk akibat taufan yang melanda lebih seminggu lalu di kawasan pertanian dan perkampungan di kawasan Delta Irrawaddy.
Dengan rasa keprihatinan, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PTS mengambil inisiatif dengan melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa Taufan Nargis bagi mengumpulkan sumbangan ikhlas Tuan/Puan/Cik sekalian bagi membantu mangsa-mangsa taufan ini. Kelab juga mengalu-alukan sumbangan daripada para penulis bagi turut sama membantu rakyat Myanmar yang sangat memerlukan bantuan.
Semua sumbangan boleh disalurkan melalui:
1. En. Ikram Wazir dan Cik Rozita Abdul Razak di pejabat Editoral Wangsa Melawati
2. Cik Shazarina Azmi dan Cik Faraliza Zainal Abidin di Pejabat Batu Caves.
Sumbangan ini dibuka selama dua minggu bermula hari ini 14 Mei 2008 hingga 28 Mei 2008. Semua jenis sumbangan termasuk pakaian dan kewangan diterima. Sumbangan makanan tidak digalakkan kerana dikhuatiri rosak sebelum sempat sampai kepada mangsa taufan. Semua sumbangan akan diserahkan kepada sebuah NGO yang akan menghantar bantuan terus ke Myanmar.
Bantuan daripada Tuan/Puan/Cik amat dihargai kerana Tuan /Puan/Cik. Hanya Allah yang mampu memberikan ganjaran atas keprihatinan Tuan/Puan/Cik.
Sekian, Wassalam.
Rozita Abdul Razak
Ajk Kebajikan,
Kelab Sukan & Rekreasi PTS









Comments»
No comments yet — be the first.