jump to navigation

Infaq Ramadan : Kumpulan Cakcibo October 14, 2008

Posted by kelabpts in Infaq Ramadan, Kebajikan.
trackback

Laporan Program Infaq Ramadan Kumpulan Cakcibo

Nama Program:

Program Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Solehah & Sumbangan kepada Rumah Amal Baitul Kasih, Sungai Buloh.

Perincian program:

Lokasi: Taman permainan berdekatan dengan Rumah Solehah di Bandar Tun Razak.

Tarikh: 20 September 2008

Masa: 4.30 hingga 9.00 malam

Kehadiran:

Anak-anak RS: 25
Ibu-ibu: 5
Staf: 4
Petugas/sukarelawan Salam: 20
Petugas/sukarelawan RS: 20
Team Cakcibo: 30
Jumlah: 104

Objektif program:

1. Mengeratkan hubungan antara ahli pasukan Cakcibo dengan anak-anak yatim dan HIV yang terlibat.
2. Menggembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik.
3. Memupuk sikap bersedekah dan berinfaq di kalangan ahli pasukan Cakcibo.
4. Membantu menampung sumber kewangan rumah anak yatim.

Aktiviti/tentatif program:

4.30: Ketibaan ahli kumpulan Cakcibo dan para sukarelawan di lokasi

-Mengangkut anak-anak yatim dari Rumah Solehah ke taman permainan.

5.00: Sesi berkenalan dan aktiviti mewarna

6.00: Aktiviti ‘Bacakan Saya Satu Cerita”

6.30: Penyampaian cenderahati kepada anak-anak RS & YS

7.00: Mengambil tempat dan bersiap sedia berbuka puasa, sembahyang maghrib.

8.30: Berkemas untuk pulang

Kesimpulan:

Program berbuka puasa bersama-sama anak Rumah Solehah berjalan dengan lancar. Semua aktiviti yang dirancangkan juga berjalan baik dengan kerjasama daripada semua sukarelawan Sahabat Positif dan Yayasan Salam. Dengan adanya program khidmat masyarakat seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama ahli pasukan Cakcibo dan juga hubungan dengan anak-anak yang diraikan. Hubungan yang dibina ini tidak berkesudahan di situ sahaja, malah semua ahli pasukan dialu-alukan untuk terlibat dengan program Rumah Solehah yang akan datang.

Selain meraikan anak-anak Rumah Solehah, sebahagian lagi wang yang diperuntukkan itu disumbangkan kepada Rumah Amal Baitul Kasih, iaitu rumah anak-anak yatim yang terletak di Sungai Buloh.

Diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Laporan disediakan oleh:

Puan Nurulhilyati Abd Halim
Kapten Cakcibo

Comments»

No comments yet — be the first.