Infaq Ramadan : Kumpulan BOOM October 15, 2008
Posted by kelabpts in Infaq Ramadan, Kebajikan.trackback
LAPORAN PROGRAM RUMAH ANAK YATIM 2008KUMPULAN BOOM
PERINCIAN PROGRAM
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Baitul Ummah
Tempat : Asrama Baitul Ummah, Taman Setapak Indah
Tarikh :15 hb September 2008
Masa : 5.00 petang – 9.45 malam
Kehadiran:
Anak-anak: 50 orang
Staff/sukarelawan: 5 orang
Ahli kumpulan BOOM: 17 orang
OBJEKTIF
-
Mengeratkan team work antara ahli BOOM
-
Membuka hubungan antara rumah kebajikan dan ahli pasuka BOOM
-
Menyelami cabaran dan isi hati anak-anak kurang bernasib baik.
PRA-PROGRAM
Rumah ini telah dicadangkan oleh Ustaz Ann Wan Seng. Cabaran awal yang terpaksa dihadapi ialah kebanyakan rumah anak yatim sudah penuh jadual acara berbuka puasa kerana begitu banyak badan korporat yang mengambil peluang untuk mengadakan acara yang serupa.
PERJALANAN PROGRAM
530 Petang:
Kedatangan ahli kumpulan BOOM! Ke Asrama Baitul Ummah
530 ke atas:
Ice breaking antara ahli kumpulan BOOM dan warga Baitul Ummah. Kanak-kanak dan semua ahli BOOM berbual bertanya khabar dan mendengar cerita-cerita.
630 petang:
MC untuk majlis itu, Saudara Ikram menyampaikan tazkirah menyentuh topik kesyukuran.
700 petang:
Ahli pasukan BOOM dan warga Baitul Ummah duduk di ruang solat untuk berwirid dan berzikir.
720 malam:
Berbuka puasa dengan air dan buah kurma. Diikuti dengan solat Maghrib sebelum menyambung makan nasi dan lauk pauk. Warga BOOM mengambil tugas memuatkan nasi dan lauk ke dalam pinggan adik-adik warga Baitul Ummah. Bagaimanapun makanan sedikit pedas.
820 malam:
Solat Isyak dan solat Tarawikh di ruang solat. Solat telah diimamkan oleh Tuan Zaidi.
930 malam
Adik-adik Baitul Ummah membuat ’surprise’ dengan tampil mempersembahkan nyanyian nasyid. Ada antara ahli pasukan BOOM yang tidak dapat lagi menahan air mata.
945 malam
Penyerahan sumbangan wang tunai. Selain dari bahagian wang dari akaun syarikat, setiap ahli pasukan juga membuat sumbangan peribadi.
KESIMPULAN
-
Pengalaman yang berharga untuk ahli pasukan BOOM
-
Memberi kesedaran tentang nasib sesetengah kanak-kanak yang tidak mempunyai keluarga.
-
Berpeluang mendengar cerita dari Ustaz Rahman tentang masalah-masalah dan cabaran menjaga rumah kebajikan seperti Baitul Ummah.
-
Diharap dapat menjaga kesinambungan hubungan antara PTS dan warga Baitul Ummah.
AKAUN:
Duit Masuk:
- Sumbangan PTS RM3,000.00
- Sumbangan Peribadi RM 200.00 RM 3,200.00
Duit Keluar
- Makanan (RM 15.00 x 80 org)+ Transport RM1,200.00
- Khemah RM 600.00
- Sumbangan Buku (67 tajuk buku PTS) RM 500.00
- Sumbangan Tunai RM 900.00 RM 3,200.00
Baki RM 0.00
Disediakan oleh:
Nazri Mohd Annuar
Kapten BOOM!

















Comments»
No comments yet — be the first.