jump to navigation

LAPORAN PROGRAM RUMAH ANAK YATIM 2008 KUMPULAN C-G October 17, 2008

Posted by kelabpts in Infaq Ramadan, Kebajikan.
add a comment

PENDAHULUAN

1.1 Tujuan

Tujuan laporan ini dikemukakan adalah untuk membentangkan secara terperinci mengenai aktiviti yang telah berlangsung pada 20 September 2008 yang lalu, iaitu Program Infaq Ramadan – Kumpulan C-G.

1.2 Pengenalan

Program Infaq Ramadan – Kumpulan C-G sudah berlangsung pada 20 September 2008 yang lalu bertempat di rumah anak-anak yatim Baitul Saidati Khadijah dan Pondok Raudhah.  Program kebajikan itu dikelola oleh Kumpulan C-G, melalui Kelab Sukan Kumpulan PTS Sdn. Bhd. Program Infaq Ramadan berlangsung selama sehari iaitu dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang berlandaskan kepada objektif:

(more…)

Infaq Ramadan : Kumpulan BOOM October 15, 2008

Posted by kelabpts in Infaq Ramadan, Kebajikan.
add a comment

LAPORAN PROGRAM RUMAH ANAK YATIM 2008KUMPULAN BOOM

PERINCIAN PROGRAM

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Baitul Ummah

    Tempat : Asrama Baitul Ummah, Taman Setapak Indah

    Tarikh :15 hb September 2008

    Masa : 5.00 petang – 9.45 malam

Kehadiran:

Anak-anak: 50 orang

Staff/sukarelawan: 5 orang

Ahli kumpulan BOOM: 17 orang

(more…)

Infaq Ramadan : Kumpulan Cakcibo October 14, 2008

Posted by kelabpts in Infaq Ramadan, Kebajikan.
add a comment

Laporan Program Infaq Ramadan Kumpulan Cakcibo

Nama Program:

Program Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Solehah & Sumbangan kepada Rumah Amal Baitul Kasih, Sungai Buloh.

Perincian program:

Lokasi: Taman permainan berdekatan dengan Rumah Solehah di Bandar Tun Razak.

Tarikh: 20 September 2008

Masa: 4.30 hingga 9.00 malam

Kehadiran:

Anak-anak RS: 25
Ibu-ibu: 5
Staf: 4
Petugas/sukarelawan Salam: 20
Petugas/sukarelawan RS: 20
Team Cakcibo: 30
Jumlah: 104

(more…)

Kutipan Sumbangan Mangsa Nargis May 26, 2008

Posted by kelabpts in Kebajikan.
add a comment

Assalamualaikum,
Semoga Tuan/Puan/Cik sentiasa ceria dan dijauhi daripada sebarang kesulitan.

Pada 3 Mei 2008 yang lalu, dunia dikejutkan dengan lebih 100,000 orang disahkan terkorban apabila Taufan Nargis membadai Delta Irrawaddy dan Yangon di Myanmar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.5 juta penduduk Myanmar terjejas teruk akibat taufan yang melanda lebih seminggu lalu di kawasan pertanian dan perkampungan di kawasan Delta Irrawaddy.

Dengan rasa keprihatinan, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PTS mengambil inisiatif dengan melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa Taufan Nargis bagi mengumpulkan sumbangan ikhlas Tuan/Puan/Cik sekalian bagi membantu mangsa-mangsa taufan ini. Kelab juga mengalu-alukan sumbangan daripada para penulis  bagi turut sama membantu rakyat Myanmar yang sangat memerlukan bantuan.

(more…)